jbc1023-spbt.zoom-a.com
Laman SPBT
SJK(C) Pu Sze

E-mel : jbc1023-spbt@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PROFIL | BUKU PELAWAT | ANUGERAH | CARTA ORG. | PENGURUSAN | SISTEKS | BOSS | KELAB | SEJARAH SPBT | TAMAN | PROGRAM | PAUTAN | LAWATAN |

Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks

          Bilik SPBT sekolah ini disediakan dan diguna mulai 1996. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan diuruskan dengan efishen oleh jawatankuasa SPBT sekolah. Bilik ini hanya digunakan sebagai tempat untuk menguruskan SPBT Bagi menjamin penjagaan dan keselamatan buku teks SPBT, pihak sekolah telah mengadakan satu sistem pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah yang sistematik.


Almari Sudut Baik Pulih
Meja Bertugas Kaunter
Basin Sudut Rehat

Bilik SPBT SJK(C) Pu Sze telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti yang berikut:

 1)      Lampu dan penghawa dingin

Bilik ini dilengkapi dengan lampu dan berhawa dingin supaya ianya sentiasa dalam keadaan yang terang dan selesa.

2)      Meja bertugas dan kerusi

Sebuah meja bertugas telah disediakan untuk memudahkan ahli jawatankuasa mengurus tugasan harian. Mesyuarat dan perbincangan juga diadakan di sini.

 3)      Kaunter

Kaunter ini disediakan untuk memudahkan guru bertugas menguruskan kerja pengagihan dan pengumpulan semula buku teks daripada guru-guru atau murid-murid.

 4)      Almari

Sederet almari telah disediakan untuk menyimpan buku-buiku terkawal dan fail-fail SPBT.

 5)      Rak Buku

Sederet rak buku telah disediakan untuk menyimpan buku-buku terancang.

 6)      Papan kenyataan

Sebuah papan kenyataan disediakan di luar bilik SPBT untuk memaparkan maklumat-Maklumat terkini mengenai SPBT.

 7)      Sudut baik pulih

Sudut baik pulih disediakan untuk memudahkan ahli-ahli Kelab SPBT untuk membuat kerja baik pulih supaya buku teks SPBT sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk mengurangkan bilangan buku yang terpaksa dilupus.

 8)      Basin

Sebuah basin telah disediakan untuk memudahkan kerja pembersihan bilik SPBT.

 9)      Sudut rehat

Sudut rehat ini disediakan khas untuk ahli-ahli kelab SPBT supaya mereka dapat berehat dan mengadakan permainan di sini.      

c.   Keselamatan Dan Kebersihan Buku-buku SPBT

  1. Bagi menjamin keselamatan buku-buku SPBT, semua buku teks SPBT tidak dibenarkan di simpan di dalam bilik darjah atua tempat lain yang tidak berkunci. 
  2.  Untuk mengelakkan buku teks daripada serangan serangga dan haiwan perosak, pihak sekolah telah menggunakan racun serangga yang bersesuaian dengan kaedah yang betul.
  3.  Semua buku teks SPBT telah disusun dengan kemas dan teratur serta dilabelkan dengan butir-butir seperti yang berikut:

 i)                    Judul buku

ii)                   Tahun/tingkatan

iii)                 Jumlah buku

iv)                 Bilangan buku dikeluarkan

v)                  Baki dalam simpanan

4.      Semua buku teks SPBT telah dicap dengan cap SPBT mengikut format dan cara yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

d. Pemantauan Terhadap Bilik Operasi SPBT

  1. Guru Besar /Guru Penolong Kanan Hem/ Gauru penyelia petang sentiasa menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap stok buku teks dari semasa ke semasa terutama pada akhir tahun setelah buku-buku dikutip daripada murid, dan pada awal tahun setelah buku-buku teks diedarkan kepada murid. Semua pemeriksaan fizikal yang dijalankan telah ditandatangani dan dicatatkan tarikh pemeriksaannya.
  2. Pemeriksaan terhadap Bilik Operasi SPBT Sekolah juga dijalankan dari semasa ke semasa.

e.  Pelupusan Buku Teks SPBT

  1. Buku teks yang hendak dilupuskan telah diasingkan daripada buku teks yang masih boleh digunakan.  
  2. Bilangan naskhah buku teks yang hendak dilupuskan adalah sama  dengan rekod “bilangan buku rosak’ dalam ruangan catatan buku stok SPBT.
  3. Untuk memudahkan pengiraandalam proses pelupusan, buku-buku teks diikat dalam bilangan 10-20 naskhah bagi setiap judul dan dilabelkan dengan judul buku, bilangan naskah dan tandatangan guru yang membuat pengiraan.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: